Friday, June 21, 2013

Ketakutan itu suatu pilihan

Mencintaimu ku sentiasa menanti, 
lambat bertindak bahaya menanti, 
maruahmu paling ku takuti, 
melepaskanmu hidupku tak bererti, 

Bangun pagi mesti menyahutmu, 
diibaratkan membangunkan jiwaku, 
katakan sahaja kemana mahu pergi, 
aku cuba tunaikan wahai puteri, 

Kau merupakan titik kelemahanku, 
kerana intipati dunia tahu, 
kau akan menjadi permaisuri ayu, 
kepada sang jejaka beruntung itu, 

Jika tiada jodoh kita bersama, 
merantau ke tempat harapan kita, 
bersama sambil dilindung Tuhan, 
janganlah kau dalam murungan, 

Sahabatku, sayangku, syurgaku, 
jaga diri jika kita tidak bersatu, 
itu sudah diluar kemahuan kau aku, 
jangan berdendam senyumlah selalu. 

16.6.2013. Berjuang sampai menang.