Saturday, September 17, 2011

mencintainya.

Senyuman nya seperti cahaya,
ku cuba gapai tak sampai jua,
ini mungkin tandanya cinta,
ku ambil risiko untuk berusaha

Pelbagai dugaan dilalui deminya,
hati runsing tak mengapa,
asalkan dapat dengar suaranya,
yang mampu ubah setiap perkara

Pelbagai gelaran diberi,
pelbagai bantahan diterima,
aku buat begitu saudari,
agar kau percaya kau sempurna

Tangisan air mata tak terkira,
dikongsi bersama kita berdua,
gelak ketawa amat bermakna,
walaupun tak bertemu depan mata

Tapi sekarang segalanya berubah,
alasanmu membuatkan aku rebah,
aku ini dianggap orang biasa,
sama rata, sama rasa, tiada istimewa

Untuk mengelakkan aku dibenci,
untuk mengelakkan aku jadi kaku,
untuk mengelakkan dicaci maki,
aku membuat keputusan untuk membisu

Aku buat ini agar kau bahagia,
jagalah dirimu sentiasa,
kau diibaratkan permata bermakna,
aku harap kau ku punya

Janganlah aku dibenci nanti,
janganlah kecewa wahai saudari,
ingatkan saat kita bersama berdiri,
sambil ditemani kasih sayang hakiki.


AKU TUNGGU.