Thursday, August 11, 2011

yang panas.

lagu sedih sedang kedengaran,
dahulu dia tiada dalam pandangan,
sekarang dia sering kelihatan,
dari jauh ku lihat dia keriangan

dia sungguh cantik dan jelita,
mungkin katanya aku gila,
aku tak mementingkan paras rupa,
senyuman hatinya membuatkan aku suka

beza dan jarak kami amat jauh,
aku tak letih untuk berkayuh,
memiliki hatinya ceria sungguh,
tapi semua mustahil hati luruh

jangan kau kianati dia,
dia amat terbaik untukmu,
aku mungkin tiada dalam carta,
malam aku doakan kau milikku

bagi ku kau bagaikan matahari,
memberi dunia ini berseri,
membuatkan hidup ini bererti,
dan memeriahkan hati sanubari,

satu perkara yang ku janji,
jika diri kau aku miiliki,
akan ku buatkan kau bahagia selalu,
sehinggalah hati kita menjadi satu.