Monday, April 25, 2011

peringkat seterusnya

Rasanya selesai sudah perjuanganku,
dibumi kenyalang berlangit biru,
tiga tahun berjuang menuntut ilmu,
takkan jatuh atau naik kaku

Seterusnya peringkat sukar,
seperti biasa takkanku mengalah,
akan terus kedepan belajar,
aku takkan mati terus BERUBAH!!

Perkara lama menjadi teladan,
yang baru diberi penuh perhatian,
amat teruja untuk menang lagi,
melawan selagi hayat masih berdiri

Aku lakukan dengan tersendiri,
takkan dipengaruh oleh kanan kiri,
akan terus berusaha berdikari,
tuntut perubahan diri sendiri

Selamat tinggal bumi kenyalang,
berjumpalah lagi kalau senang,
pulangku dengan perasaan menang,
tanah ini akan sentiasaku kenang.

:)