Monday, April 25, 2011

peringkat seterusnya

Rasanya selesai sudah perjuanganku,
dibumi kenyalang berlangit biru,
tiga tahun berjuang menuntut ilmu,
takkan jatuh atau naik kaku

Seterusnya peringkat sukar,
seperti biasa takkanku mengalah,
akan terus kedepan belajar,
aku takkan mati terus BERUBAH!!

Perkara lama menjadi teladan,
yang baru diberi penuh perhatian,
amat teruja untuk menang lagi,
melawan selagi hayat masih berdiri

Aku lakukan dengan tersendiri,
takkan dipengaruh oleh kanan kiri,
akan terus berusaha berdikari,
tuntut perubahan diri sendiri

Selamat tinggal bumi kenyalang,
berjumpalah lagi kalau senang,
pulangku dengan perasaan menang,
tanah ini akan sentiasaku kenang.

:)

Wednesday, April 6, 2011

ini aku punya

tak perlu peduli kata mereka,
tak perlu buktikan jika tak percaya,
kau tahu puisi ini kau punya,
Tuhan tahu kau punya idea

penuh emosi keluhan hati kau,
tak perlulah kau harapkan pulangan,
janganlah sesekali bangga pujian,
hati itu perlu utama jangan halau

kau sendiri penat meluah perasaan,
jangan yang lain khianat perasan,
ini suara seorang berjiwa besar,
melawan sampai menang jika dicabar

berjuta musim takkan sama,
beribu manusia berlainan kata,
bagiku puisiku terbaik,
takkanku dusta berpatah balik

bersama diari ini riangnya hati,
seperti ditepi pantai yang sunyi,
bersama rindu sayang iaitu Ilahi,
sepiku hilang kerana Kau disini