Wednesday, March 16, 2011

serius

bila kita main main orang pijak,
bila kita tak berubah orang tetak,
bila kita emosi dikata kurang bijak,
bila jadi badut orang teriak

sesal kecewa tiada makna,
berkata apapun tiada guna,
akhirnya diri sendiri merana,
tiada sesiapa disisi bersama

sebab itu serius itu penting,
serius elak diri ini melenting,
serius membantu simusuh pening,
serius mencegah kita menjadi bising

jika serius takkan dihentak kepala,
jika serius keyakinan sentiasa ada,
tapi serius janganlah sentiasa guna,
laksanakan ia bila waktu tertentu sahaja

serius boleh buat orang taat,
serius boleh buat orang bersungguh,
serius boleh buat orang semangat,
serius membuat hati ini sentiasa utuh.


MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH