Wednesday, March 16, 2011

beza kita

aku orang rendah berjiwa rakyat,
kau orang besar mudah disekat,
aku tak malu berkata sesuatu,
kau pula segan lagi pilu

aku berkawan tak kira bulu,
kau bandingkan siburuk dan ayu,
aku tak kesah orang kata apa,
kau gelisah bila orang berkata

sayangku pada adam dan hawa,
kau pula pada duit dan harta,
aku jatuh mereka angkatku semula,
kau jatuh hampir meninggal dunia

takkan ku sekat apa ku kata,
tak macam kau hipokrit semata,
aku yakin caraku berjaya kelak,
aku pastikan kau takkan tergelak

cita citaku tetap sama,
kau pula huru hara,
aku pasti akan kesyurga,
kau pula takut kearah neraka.


BAGAI LANGIT DAN BUMI