Thursday, March 17, 2011

jika kau tiada

betapa sesak didada,
dipenuhi kaum hawa,
luahan manis terkata,
risau jika ia tiada

aku ingin bersama mereka,
meluahkan apa hati kata,
gerimis hati mereka tahu,
tapi hati ini bukan untukmu

kamu semua seperti dinding,
membuatku riang gembira,
kekasihku usahlah dibanding,
tak utuhlah dia tanpa kamu semua

kaum hawa mari semua,
dirimu semua aku junjung,
jika kau tiada,
pasti diriku meraung

sayang aku ingin bersama,
menjadi teman ku yang setia,
berjalan disisi dialam ini,
menjalinkan hubungan ikhlas suci

Wednesday, March 16, 2011

serius

bila kita main main orang pijak,
bila kita tak berubah orang tetak,
bila kita emosi dikata kurang bijak,
bila jadi badut orang teriak

sesal kecewa tiada makna,
berkata apapun tiada guna,
akhirnya diri sendiri merana,
tiada sesiapa disisi bersama

sebab itu serius itu penting,
serius elak diri ini melenting,
serius membantu simusuh pening,
serius mencegah kita menjadi bising

jika serius takkan dihentak kepala,
jika serius keyakinan sentiasa ada,
tapi serius janganlah sentiasa guna,
laksanakan ia bila waktu tertentu sahaja

serius boleh buat orang taat,
serius boleh buat orang bersungguh,
serius boleh buat orang semangat,
serius membuat hati ini sentiasa utuh.


MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH

beza kita

aku orang rendah berjiwa rakyat,
kau orang besar mudah disekat,
aku tak malu berkata sesuatu,
kau pula segan lagi pilu

aku berkawan tak kira bulu,
kau bandingkan siburuk dan ayu,
aku tak kesah orang kata apa,
kau gelisah bila orang berkata

sayangku pada adam dan hawa,
kau pula pada duit dan harta,
aku jatuh mereka angkatku semula,
kau jatuh hampir meninggal dunia

takkan ku sekat apa ku kata,
tak macam kau hipokrit semata,
aku yakin caraku berjaya kelak,
aku pastikan kau takkan tergelak

cita citaku tetap sama,
kau pula huru hara,
aku pasti akan kesyurga,
kau pula takut kearah neraka.


BAGAI LANGIT DAN BUMI

Thursday, March 3, 2011

Kau tetap lawan

jika bukan engkau teman,
mengapa hati ini keruan,
jika benar kau sekadar lalu,
kenapa sampai kini ku enggan bisu,

aku mampu lari aku mampu,
kau tetap lawan selalu,
tapi memang itu yang ku mahu,
kau sentiasa disini selalu,

kekeliruan di isi hati,
suaramu tidakpun didengari,
dirimu sopan apatah lagi,
tapi sentiasa berada dihati,

kau tetap lawan lagi,
semangatmu itu ku mahu,
sentiasa membuatku rindu,
nyenyak tidurku tanpa sepi,

dirimu miliki hati ini,
kerana aku hargaimu sampai mati,
air mata darahku harap berbuah,
mengharapkan kau sentiasa bersama.


ALLAH ITU ADIL