Saturday, December 25, 2010

pidato

cakap kata satu kekuatan,
mulut manis seperti intan,
jutaan manusia pasti tergoda,
muka yakin sentiasa ada,

betul salah belakang cerita,
asalkan motif cerita bersua,
sudah cukup hati gembira,
untuk yang lain mempercayainya,

pidato banyak sumber alirannya,
depan rakyat bawahan atasan,
depan kekasih mahupun teman,
untuk juga keluarga kesayangan,

kelebihan jangan disalah guna,
kerana dari taksub boleh jadi benci,
dari sayang bertukar merana,
dan dari cinta menjadi basi.