Tuesday, December 14, 2010

2008 itu

disaat aku lihatmu,
terusku mendekati kamu,
aku dapat nombor bimbit itu,
aku kacau kau satu demi satu,

jumpa lagi di perpustakaan,
kali ini rambutmu kenampakan,
orang lain mungkin tak perasaan,
tapi aku tahu kau gadis sopan,

kenal kita berterusan,
tudung kau mula dipakai,
harapan cerah aku perasan,
12.08.08 hari kita terlerai,

dagumu aku ingat sekali,
matamu aku sentiasa perhati,
jiwamu tak boleh dijual beli,
aku bersyukur kerna ia aku miliki,

sudah dua tahun kisah kita itu,
berlalu ditiup angin bayu,
walau kini berasingan hala tuju,
tapi kenangan dan kau berada dihatiku.


HANYA AKU KENAL DIA.