Saturday, December 25, 2010

pidato

cakap kata satu kekuatan,
mulut manis seperti intan,
jutaan manusia pasti tergoda,
muka yakin sentiasa ada,

betul salah belakang cerita,
asalkan motif cerita bersua,
sudah cukup hati gembira,
untuk yang lain mempercayainya,

pidato banyak sumber alirannya,
depan rakyat bawahan atasan,
depan kekasih mahupun teman,
untuk juga keluarga kesayangan,

kelebihan jangan disalah guna,
kerana dari taksub boleh jadi benci,
dari sayang bertukar merana,
dan dari cinta menjadi basi.

Thursday, December 16, 2010

SRIKANDI BANGSA

Perjuangan 1998mu amatku bangga,
walaupun wanita tapi bertenaga,
bisa melawan bekas
pemimpin nombor 2 negara,
aku akui dirimu Srikandi bangsa,

demi menyekat pengkhinat berkuasa,
relakan dirimu disoal dilokap sana,
19mukasurat keramat akhirnya berjaya,
diserahkan kepada bekas PM kita,

dirimu tidak berpangkat,
keluargamu tidak berpengaruh,
abangmu pun khianat dan berpakat,
demi melihat malaysia runtuh,

kau berjuang demi keadilan,
kau menentang demi kebenaran,
tak akan berhenti akibat tekanan,
itulah Ummi Hafilda yang aku kenan,

ini bukan konspirasi,
untuk menjatuhkan si nombor 2,
ini ialah realiti,
srikandi berjaya mengalahkannya.


Syukur.

Tuesday, December 14, 2010

2008 itu

disaat aku lihatmu,
terusku mendekati kamu,
aku dapat nombor bimbit itu,
aku kacau kau satu demi satu,

jumpa lagi di perpustakaan,
kali ini rambutmu kenampakan,
orang lain mungkin tak perasaan,
tapi aku tahu kau gadis sopan,

kenal kita berterusan,
tudung kau mula dipakai,
harapan cerah aku perasan,
12.08.08 hari kita terlerai,

dagumu aku ingat sekali,
matamu aku sentiasa perhati,
jiwamu tak boleh dijual beli,
aku bersyukur kerna ia aku miliki,

sudah dua tahun kisah kita itu,
berlalu ditiup angin bayu,
walau kini berasingan hala tuju,
tapi kenangan dan kau berada dihatiku.


HANYA AKU KENAL DIA.

Thursday, December 9, 2010

KEPUTUSAN

akhirnya jawapan sudah ada ditangan
menggeletar melihat nafas ditahan
dihati hanya ingat hadiah Tuhan
bantu aku untuk peroleh kejayaan

berjaya itu mampu ku ungkap
suaraku kuat tidak tercakap
membising satu kampung itu mesti
tanda bukti aku berjaya kini

wawasan 2020 kembali cerah
selepas hilang segala resah
perjuangan Melayu kian teserlah
Tuhan hanyamu ku berserah

syukur.