Friday, October 15, 2010

Finale

Final datang muka ngeri,
peringkat terakhir kali ini,
risau gelisah takut mati,
prinsip lawan kekuasaan diri,

Subject kali semuanya maut,
seperti hantu yang ada dilaut,
membaca memahami perlu ada,
kali ini aku akan tetap berjaya,

Kelas akhirnya sampai dipenghujung,
lambaian tangan kepada yang kusanjung,
tak kira guru, rakan mahupun kenalan,
semoga kita bejaya untuk "berjalan",

Diploma pelancongan kursus diambil,
dari permulaan sampai peringkat akhir,
aku sudah sayang walaupun menggigil,
mengharungi rintangan kehulu kehilir,

Tuhan tolong rahmati diriku,
berjayakanlah diri aku,
aku tak akan malu,
berdiri atas nama Agama dan Bangsaku.