Sunday, October 17, 2010

DINDA 2

Dinda, walaupun awak sudah pergi,
tetapi awak tetap dihati saya,
hilangnya cintamu mencantas raga ini,
akhirnya aku terkandas tanpa cinta kita,

cinta kini sudah tiada erti,
kini rasa tidak ikut hati,
begitulah cerita kita,
kini kau akan pergi dengannya,
jaga dirimu wahai jiwaku Dinda,

tidak guna menangis lagi,
setiap doaku sebut namamu,
walaupun ku tahu kau tak kembali,
ku kini menunggu harapan baru.


emirizhar.

Ayu,walaupun Ayu da takda,
Ayu masih tetap dihati saya

Lagenda Budak Setan

Friday, October 15, 2010

Finale

Final datang muka ngeri,
peringkat terakhir kali ini,
risau gelisah takut mati,
prinsip lawan kekuasaan diri,

Subject kali semuanya maut,
seperti hantu yang ada dilaut,
membaca memahami perlu ada,
kali ini aku akan tetap berjaya,

Kelas akhirnya sampai dipenghujung,
lambaian tangan kepada yang kusanjung,
tak kira guru, rakan mahupun kenalan,
semoga kita bejaya untuk "berjalan",

Diploma pelancongan kursus diambil,
dari permulaan sampai peringkat akhir,
aku sudah sayang walaupun menggigil,
mengharungi rintangan kehulu kehilir,

Tuhan tolong rahmati diriku,
berjayakanlah diri aku,
aku tak akan malu,
berdiri atas nama Agama dan Bangsaku.

Saturday, October 9, 2010

si capik

Ahmad aku rela lawan,
choong han aku terus lawan,
mutusami aku akan lawan,
tapi syafiq susah nak lawan,

syafiq lama aku menang
tapi hakikatnya aku kalah,
syafiq baru nampak senang
tapi macamana aku tetap kalah,

kalah bukan kerna berlawan,
tapi kalah mengundurkan diri,
trauma fobia bertemu syafiq,
mungkin jodoh berlawan dengannya,

silat dibuka menunjuk kehebatan,
jangan pula terlebih buka,
kali ini dan sebelumnya hari kau,
percayalah aku lawan tetap lawan,

kau ambil segalanya,
mungkin tak perasan tak mengapa,
kelak akan aku datang dengan ilmu,
kau akan ku tumbangkan dengan kuasaku.

"nujum pak belalang:ey belalang jum kita lari dari sini...
belalang:pak,kita jangan lari,kita boleh menang,kita mesti Lawan..."