Monday, June 28, 2010

BULANKU

Malamku tenang bertemankan bulan,
ubat rindu ku di kala sendiri,
namamu sentiasa ku ungkapkan,
inikah rindu yang selalu ku alami,

Rose mahupun tulip tak dapat menandingi bulan,
aku yang selalu merenung apakah dibalik awan,
hatiku sentiasa bersyukur pada Tuhan,
Engkau mencipta sesuatu untuk dijadikan teman,

Mimpiku sungguh indah tanpa gangguan,
insan lain rasai bersama tanpa keresahan,
rasanya dapatkah bulan dapat bertahan?,
itu semua kuasa Tuhan tak dapatku lawan.

DITULIS OLEH EMIR & MUNIRAH ZAHARI