Friday, May 14, 2010

SEPI

Aku disini kurang mengerti,
dia sudah tiada disisi,
tapi mengapa hati ini merindui,
akhirnya aku tetap diam dan sepi

saat manis kita lalui bersama,
setiap pelusuk mukamu aku ingati,
sayangku padamu sentiasa ada,
tetapi aku mesti mengundur diri

aku mesti atasi perasaan ini,
banyak halangan berada disisi,
kau tetap ku hormati,
moga kita berjumpa lah lagi

tinggal sejarah cerita kita,
syukur sebab aku masih berdiri,
kita dapat atasi semua,
tangisan harus padam bila dipipi

oh duri dan tajam keluarlah,
janganlah gangguku lagi,
aku mahu terus membuat jasa,
walalupun dia sudah pergi.