Monday, January 18, 2010

SELAMAT TINGGAL

Saya harap bila semuanya selesai ,
masalah menimpa akan terburai,
maka tiada apa lagi tinggal,
inilah masanya untuk bersantai,

Perkara baik
menjadikan hidup indah,
Perpaduan keluarga
keadaan suasana makin meriah,
Kawan baik
perkara susah boleh selesai,
Menuntut keadilan
semangat juang mula terintai,

Hari ini sungguh merisaukan,
dunia kita mengalami masalah,
Minggu ini semua orang bersedia,
menunggu ais keras bergema,
Bulan ini segalanya boleh terjadi,
mungkin pengakhiran dunia disayangi,
Tapi tahun ini amat gembira sekali,
kerana bekorban untuk yang dicintai,

Selamat tinggal untuk semua,
esok mari mulakan hidup baru,
jangan sentiasa lelap mata,
bangun capailah kejayaan berilmu.



digested by,
EMIR IZHAR MOHD RASHID


all my written is copyright protected.
Neither it can be reproduced nor reprinted without permission.
Any attempted forgery will be subjected to Law of Malaysia.