Sunday, November 8, 2009

Pergorbanan

Pengorbanan satu perjuangan,
ia penuh dengan keperitan,
hati ditempuh penyesalan,
tapi hidup mesti diteruskan.

Perasaan kecewa sentiasa ada,
lepaskan sesuatu paling berharga,
segala kenangan jangan dilupa,
bawalah bersama dimana berada.

Aku sekarang seorang sahaja,
hanya bertemankan jiwa raga,
muka senyum mesti ada,
mulakan hidup baru dengan ceria.

Hati ini jangan keruan,
rakan rakan memberi bantuan,
mencurahkan kaseh sayang,
jasamu akan ku kenang.

KADANG KALA KITA HARUS MENGAKU KALAH
BIARLAH KITA MEMBERI ORANG LAIN MERASA
ASALKAN HATINYA GEMBIRA SENTIASA
ITU SUDAH CUKUP DAN JANGANLAH MELATAH
JIKA APA YANG KITA MAHUKAN TIDAK BERJAYA
BERSABARLAH DAN SETIALAH MENUNGGU MASA
AKU YAKIN INI SEMUA DUGAAN DARI NYA.