Wednesday, November 18, 2009

MUZIK

Ia datang pelbagai bentuk,
boleh muncul hanya menepuk,
laungannya sungguh merdu,
adanya sampai menusuk kalbu

Muzik itu sungguh indah,
menemani semua tak kira wajah,
pabila dicampur kata kata,
bertambahlah keasyikkannya

Anak muda kini terikut sama,
menari,bergerak dan merasa,
mereka kreatif tak terkira,
janganlah sampai lupa agama

Takkan dilupa orang lama,
cetus muzik perjuangan manusia,
lagu lama pelbagai irama,
dijudulkan pula beribu nama

Luahan perasaan faktor utama,
menjaja nama bukan alasannya,
mereka memberi kita merasa,
cintailah muzik jangan hina.

;)