Thursday, October 8, 2009

kekayaan ilmu

Manusia berjalan jalan,
mencari arah tujuan,
ada yang putus asa,
akibat kurang iman didada,

Ada juga yang berjaya,
kerana kental dijiwa,
berusaha hingga berjaya,
menggapai impian tercinta,

Jangan kita mudah mengalah,
berundur kita hilanglah maruah,
malu sungguh ayah bonda,
melihat anaknya kecewa sentiasa,

Yang berjaya langkah bergaya,
miliki kereta mewah begitu mudah,
hati tenang muka ceria,
kerna keinginan telah sempurna,

Belajar biarlah sungguh,
agar ilmu tidak rapuh,
bolehlah kita berdiri utuh,
membina bangsa yang subur.

1 MALAYSIA.