Friday, October 16, 2009

Lesung pipit

Bila senyum ia muncul,
diri berseri lagi unggul,
riak muka nampak segar,
dapatlah berdiri dengan megah,

Lesung pipit suatu penyakit,
ia takkan pernah berjangkit,
kelemahan ini amat cantik,
dimiliki golongan cerdik,

Oleh itu senyumlah selalu,
golongan cerdik memang begitu,
sopan santun sifat jitu,
InsyaAllah dihormati selalu,

Keunikan jangan disalah guna,
nanti kelak dirimu merana,
belailah dia dari sekarang,
bukti hebatnya jiwa seseorang.

Akupun ada lesung pipit ;D

Monday, October 12, 2009

hujan

Hujan renyai jatuh kebumi,
anak kecil gembira sekali,
bermain bersama tanpa henti,
menikmati saat indah dari Ilahi

Hujan datang tak diketahui,
kemunculannya amat dinanti,
membersihkan kekotoran yang ada,
untuk keselesaan makhluk semua

Matahari terik perit sungguh,
ramai orang sering berpeluh,
hujan sejuk sering dinanti,
mewarnai semula kerisauan ini

Bila sunyi hujan temani,
menyanyi bersama ikut hati,
payung aku tak perlukan,
aku laluinya tanpa penyesalan

Janganlah sekali cabari hujan,
penangannya menjadi igauan,
ribut,banjir, kilat berpancaran,
bukti besarnya kuasa Tuhan



hujan yang turun bagaikan mutiara ;)

Thursday, October 8, 2009

kekayaan ilmu

Manusia berjalan jalan,
mencari arah tujuan,
ada yang putus asa,
akibat kurang iman didada,

Ada juga yang berjaya,
kerana kental dijiwa,
berusaha hingga berjaya,
menggapai impian tercinta,

Jangan kita mudah mengalah,
berundur kita hilanglah maruah,
malu sungguh ayah bonda,
melihat anaknya kecewa sentiasa,

Yang berjaya langkah bergaya,
miliki kereta mewah begitu mudah,
hati tenang muka ceria,
kerna keinginan telah sempurna,

Belajar biarlah sungguh,
agar ilmu tidak rapuh,
bolehlah kita berdiri utuh,
membina bangsa yang subur.

1 MALAYSIA.