Monday, September 7, 2009

MADU dan LEBAH

Madu ibarat maruah,
telah dimiliki wanita,
yang sopan sungguh perangainya
lebah lebah amat tergoda.

Madu mestilah dijaga,
ditutup dengan kuntuman mekar,
agar sentiasa selesa,
dari diusik oleh kaum durjana.

sedih akhernya menimpa,
kini banyak madu hilang manisnya,
dihiraukan selaput sekeliling
biarkan lebah lain menjeling,

ada manisnya diambil,
tanpa kerelaan hati,
pabila madu sudah digomel,
ditinggalkannya menyendiri,

aku ini kaum lelaki,
maaf ku pinta padamu HAWA,
teguran ku berikan sekali,
kecantikanmu jagalah sampai bila bila.

bakal isteriku akan kujaga,
dari dikacau dari bahaya,
sopan santunnya aku suka,
semoga kita dapat hidup bersama.


Banyak berita berita terkini
menyiarkan anak anak baru lahir
dibuang dimerata rata tempat..
MENGGERUN DAN MENZALIMKAN.