Monday, September 14, 2009

Hari Raya diMalaysia.

ramai orang bergembira,
nyanyian mula bergema,
yang jauh kembali jua,
hanya untuk berhari raya.

stesen radio mula menggila,
sambutan pendengar tak terkira,
mengucapkan selamat hari raya,
kepada keluarga tercinta.

pembawa kereta berhati hatilah
jangan memecut tak tentu hala,
kekiri kanan dan tengah,
takut ada cedera parah.

letupan mercun berdenyut telinga,
dimainkan golongan kecil dan dewasa,
bila hilang tangan atau telinga,
baru menyesal tak terhingga.

rumah terbuka penuh berkeliaran,
memberi duit raya menjadi ikutan,
menjemput semua termasuk cina india,
semangat perpaduan 1MALAYSIA.

bermaaf maaflah sesama kita,
aku disini begitu juga,
ampunkan aku jika berbuat salah,
sebab aku tahu aku siapa.




NEGARAKU MALAYSIA INDAH