Sunday, August 30, 2009

MERDEKA

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

M= Malaysiaku tumbang akhirnya,

A= Aku sangka masih juara,

L= Layu akibat sengketa,

A= Anak pelapis menderita,

Y= Yang melayu tak bersama Cina India,

S= Semua pemimpin Agongkan kuasa,

I= Isu kecil diperbesarkan juga,

A= Alasan kepentingan rakyat jelata.


Masih dengan isu sama.
52 tahun Malaysia merdeka.
Bersatu padulah.
Tidak kira kulit mahupun bangsa.

1MALAYSIA.

Wednesday, August 19, 2009

lawan sampai menang!

aku ada satu cerita,
tentang kawan lama,
tanya khabar berita,
aku kata sehat sahaja.

dia baru habis bergaduh,
dengan lelaki yang hodoh,
berlagak kuat lagi ampuh,
tetapi dia tak mudah berundur.

bersaksikan orang ramai,
dikantin bernama permai,
lelaki itu naik garang,
sangat tak berfikiran matang.

lelaki itu mula cari gaduh,
buat lawak tahap bodoh,
perangai tak senonoh,
kenali dia jijik sungguh.

tapi kawanku ini sabar,
senyuman dia sentiasa lebar,
tunggu sahaja peluang terbuka,
murka lelaki itu akan menimpa.

lelaki itu terbuat salah,
semua gelak sama dia,
dia sudah naik marah,
kawanku jadi sasaran pertama,

kedua dua berdiri megah,
seorang panas "termakan cili",
seorang lagi berhati hati
telagah bermula disini.

silelaki ugut untuk membantai,
kawanku membalas "cepatlah lebai",
pergaduhan bersaksi orang ramai,
"takkan ku membalas aku tak cuai"

orang ramai menjadi saksi,
kau pukul aku mengadu,
saksi kebanyakan kawan aku,
mengadu pihak atasan baru tahu.

islam perlukan empat saksi,
membuktikan aduan itu suci,
tapi disini berpuluh saksi,
aku takut kau kalah nanti.

aku lawan tetap lawan,
tapi lawan cara hormat,
tak macam kau tua sawan,
pukul orang lupa daratan.

lelaki ini tergamam,
muka malu macam lebam,
orang ramai terus menjeling,
berkata perangai macam keling,

dia pergi dengan kekalahan,
kawanku pula kemenangan,
janganlah kita bertumbuk,
itu semua perbuatan lapuk.


;)

kesimpulan,
yang besar boleh jadi kecil,
yang kecil boleh jadi besar.

Sunday, August 16, 2009

tidak sama haluan?

engkau sudah berkata,
emir buatlah haluan kau,
aku buat haluan aku,
kita tidak lagi sekutu,
takguna engkau memahami aku.

ya benar susah untuk bahagia,
tapi cara ini aku selesa,
kau tak boleh ubah aku,
aku suka dalami hatimu.

09.38pm,
16.08.2009

Saturday, August 1, 2009

ada siapa terasa?

kali ini jangan kalah,
kali ini jangan senyap,
kali ini jangan rebah,
kali ini kemenangan tetap!

jangan mohon maaf,
jangan pandang belakang,
mari kita rapatkan saf,
jangan mudah diterajang!

hati sakit jika tewas,
hati derita jika lemas,
hati gundah jika ditetak,
hati mati jika retak

manusiaku puji sampai kelangit,
tapi kamu mesti ingat sikit!,
jika kamu pentingkan wang ringgit,
akan aku tolakmu masuk parit

ya aku marah sekarang,
orang mulia tikam belakang,
kita asyik mengaku kalah,
tanpa disedari kena ludah!

cukup cukuplah oh cukuplah,
anda sekarang boleh blah!
terbang jauh macam lebah,
sebelum ku tunjuk isyarat lucah!