Friday, July 24, 2009

DISKRIMINASI

ini bukan lagu kesukaan ramai
sketsa sering dipijak kelantai
sentiasa dipukul tidak dibelai
asyik dikunci dibilik bersalut rantai

cuba bertanya kenapa terjadi
sedaya upaya ingin ketahui
ingin hati ini mendalami
kenapa dunia ini tak adil sekali?

sikecil jangan bangkang si besar
simuda jangan marah yang tua
sianak jangan jeling siayah
sibongsu jangan naik kepala

tegur menegur akspek mulia
disarankan sejak lahir didunia
tapi kenapa tiba ini cerita
yang besar menang sentiasa?

walaupun ada perkara dia salah
ada isu melalot kemana
kemelut tak tahu jawap apa
mesti dia menang dan juara

sekarang dengar apa aku kata
ya benar aku yang bawah
sikecil sianak sibongsu simuda
golongan ini banyak merana

kami tak cakap kami benar
kami tak cakap suruh percaya
kami tak cakap jangan hina
kami tak minta ditempat pertama

tapi dengarlah pandangan kami
cuba hayati dan dalami
cuba gunakan kehidupan berhari
mungkin cara kami lebih berkualiti

kami mahukan reformasi
kami mahukan perubahan lagi
kami mahukan keadilan
seperti matahari dan bulan

jika kamu tak mahu dengari
tak apa kami mengerti
manusia penuhi hasad dengki
seraplah perasaan itu berhari

kami yakin kami akan menang
tak pagi ini mungkin petang
hati yang gelap akan lapang
suara kami bertambah garang!!


;)

Wednesday, July 8, 2009

SATU MISI

satu misi terdetik dihati
ia datang dalam mimpi
kehidupan tak lagi sepi
jayakannya dengan berhati

realiti mesti diteruskan
fantasi wajib disimpan
niat hati jangan diguris
dibawa bersama senyuman manis

jika aku mampu mengubah dunia
aku mahu menjadi ketua
dengan kuasa yang ada
orang dengar apa aku kata

perkara penting aku lakukan
aku satukan semua agama
tiadalah lagi pemberontakan
manusia cintai tuhan sama

aku tahu ini isu sensetif
setiap manusia berbeza ideologi
tapi kalau kita kreatif
apa apa boleh terjadi

pabila anda melihat entri
fikirlah secara positif
jangan cepat iri hati
menerima dengan terbuka dan aktif


;)

Monday, July 6, 2009

KEMBALI.

lama sudah aku menghilang
hari berehat sudah lengang
bangun awal subuh menjelang
lakukan amalan diwaktu lapang

masalah timbul tak terkira
aku bingung tak terkata
leteh dihati amat terasa
tetap berusaha hingga berjaya

kesabaran terbalas jua
kolej diterima layak dua
aku gembira tak terhingga
ibu dirumah melonjak sama

subsidi makanan tiada masalah
itulah jangan mengaku kalah
mesti tabah ditimpa musibbah
melayu kuat tiada melatah

kawan membantu tiada dendam
aku mulakan dengan salam
ketua program banyak ragam
kami gelak sampai pitam

budak baru lagi ramai
hari permulaan amat damai
jangan mula tunjuk pandai
ada senior suka bantai!

kawanku mula tunjuk taring
intai junior pinggang ramping
aku tetap setia pada satu
terus kahwin tiba waktu

ini sahaja buat sementara
aku rindu keluarga disana
tiba tiba tekak terasa dahaga
mari minum untuk semua
hahahha.


;)