Thursday, June 4, 2009

teman? apa citarasa perlu ada?

Photobucket


teman kau bagaikn selipar
yang selalu dipakai kemana sahaja aku berada
yang tahu keinginanku
yang tahu apa benda yang buat ku kaku

itulah maksud teman yang ku mengerti
selain itu teman juga susah untuk dicari
ini kerana dalam kehidupan masa kini
wujudnya manusia yang ada udang disebalik mee

kebanyakannya akan berada disisi
ketika diri ini kaya raya tanpa sunyi sepi
tapi pabila kita susah dan sudah bankrupsi
semuanya hilang seperti dikejar babi

oleh itu kita mestilah pandai memilih teman
cukuplah jika ia hanya satu dua atau lapan!

wahai teman teman yang baca puisi ini
marilah kita saling ingat mengingati
agar kita jangan iri hati dan dengki
disebabkan masalah kecil tak sebesar api

perbezaan pendapat sudah menjadi lumrah hidup
oleh itu marilah kita sama sama bersatu padu agar tidak lingkup
dari perkara yang membolehkan kita bersengketa
yang akibatnya kita tak mahu lagi bertentangan mata



;)