Saturday, June 6, 2009

saat yang membosankan?

Photobucket

hari hari merupakan saat dan waktu yang indah lagi bertuah
ini kerana kita dapat meneruskan kehidupan yang penuh bermakna
kita dapatlah beramah mesra bersama rakan dan keluarga
selain itu kita juga dapat membuat kerja yang berfaedah

tapi ada saat dan waktu kita rasakan hari itu membosankan
kerana penuh dengan ketidak aktifan
hanya duduk didepan telivesyen yang pelbagai siaran
dan akhernya kita meluat dan tak lalu nak makan

ramai yang sedang bosan sering melakukan pelbagai gelagat
ada diantaranya mengusap rambut menggunakan sikat
ramai jejaka suka tidur untuk hilangkan penat
dan ada juga yang melakukan aktiviti menyakat

oleh itu kita semua janganlah membazir masa yang diberikan
saat begini kita hendaklah elak dari perangai setan
yang suka menyesatkan kita dari melakukan kebaikan
dan juga suka memjauhkn diri hina ini dari tuhan

eloklah kita semua sedar dan perasan
segala perkara yang kita lakukan
janganlah kita tak amik teladan
yang akibatnya boleh merosakkan warisan

ingatlah Dialah yang memberi segala keperluan
untuk kita bekalkan dimasa hadapan
kita juga janganlah anggap waktu itu membosankan
kerana itulah realiti kehidupan


;)