Monday, June 22, 2009

RISAUKAN MELAYU

Aku setia pada bangsaku
rela mati memperjuangkan melayu
bila dicabar tak mudah berundur
hanya kuasa Tuhan buatku akur

aku berbangga jadi melayu
walaupun dulu bangsanya layu
kini megah sehebat nama
berdiri sama dengan orang ternama

islam melayu tak dapat dipisahkan
takkan putus walaupun beruban
takkan melayu hilang jadikan cogan
didunia yang penuh adab sopan

melayu sikapnya pemurah
rela memberi apa sahaja
sampaikan mereka terlupa
terjual gadai maruah bangsa

akhernya melayu berpaksi tiga
diantaranya sayangkan bangsa
aku sedih tak terhingga
dituduh melayu lupakan agama

melayu kini ada juga haprak
'suka berjanji dalam berborak
belum bermula sudah bersorak
bukan cakap tak gunakan otak
cuma tak berfikir diluar kotak'

wahai bangsaku keturunan melayu
janganlah kita kembali layu
hasil bumi ini kita punya
jangan bersengketa sesama bangsa

bila bersama kita kuat
bangsa lain tak boleh sekat
mereka tahu kita hebat
marilah kita kembali bersahabat




;)