Saturday, June 20, 2009

RAKYAT YANG BERTERIMA KASEH

aku diberi pelbagai kemudahan
berlambak jenis pengangkutan
bertimbun tempat rehatkan badan
beratur pelbagai hidangan

jalanraya sering ku tatap
begitu selesa untuk dilalui
hanya perlu yakin dan senyap
memandu ingatlah yang dirindui

oh negaraku begitu unik dan ayu
tergolong antaranya india cina melayu
orang luar terngaga dan sayu
melihat kami saling bantu membantu

agama islam menjadi tunjang negara negeri
sultan sentiasa dijaga agar tak dikhianati
rakyat harus bersatu seia semati
bahasa melayu menjadi pertuturan kami

sekarang marilah kita kembali
mewarnai prinsip itu sekali lagi
janganlah sampai orang luar berteka teki
adakah ini malaysia yang dahulunya harmoni?

mewujudkan sentimen parti bukan niatku
wajib mempunyai berlainan bulu
barulah Malaysia boleh maju
tapi janganlah sampai sesuatu itu
merosakkan hubungan mereka dengan melayu.



EVERY MALAYSIAN HAVE THEIR OWN CHOICE,
BE THANKFUL

;)