Friday, June 12, 2009

perjuangan aku belum selesai



11.06.09.


pagi khamis yang sepatutnya indah aku merana
risau memikirkan masa depanku yang maseh tak tentu arah
adakah aku dapat meneruskan perjuanganku
atau perjuangan itu akan terhampus layu dan sayu

akibat keputusan yang tidak memberangsangkan
yang akan memalukan diri dan seluruh keluargaku
Uitm tempat aku meneruskan perjuangan
dan menjadi platform mencari kehidupan baru

jam bergerak detik demi detik
azab gembira atau seksa makin memanggil
aku mesti kuat dari mengeluarkan tangisan walaupun setitik
akibatnya diri ini menggigil

keputusan peperiksaan sudah keluar
dipersembahkan pada semua dipukul lima
aku nekad untuk bertahan sebentar
sebab aku da mula gelabah

sebelas malam sudah berkumandang
aku nekad untuk melihat
aku berdoa agar tak kecundang
ramai kawan kawan ku memberi semangat dan nasihat

akhernya azab gembira dapat ku kecapi
hati gembira kerana keputusan lebeh maju
makin kuat dari sebelum ini
keselesaan ini tak kan ku biar berlalu

Uitm sentiasa dihatiku
aku mahu berjuang disini kerana aku melayu
kekalahan tak akan membuatkan aku tersipu
marilah kita terus berjuang tanpa fikir malu!!



;)