Wednesday, June 3, 2009

jiwa dan puisi tak dapat dipisahkan?

Photobucket

suatu hari temanku ada bertanya setelah diam,
"hei engkau mengapa sudah bertukar rupa aku tak faham?,
mengapa masej masejmu penuh dengan puisi penuh mendalam,
sambil diselaputi dengan ayat yang berkias dan susa difaham"

dia teruskan berkata adakah engkau mengambil kelas bahasa?
adakah ia mengajarmu erti bahasa melayu sebenar?
yang penuh sopan santun dan mengajarmu agar menghormati orang tua?

aku terdiam dan kemudian tergelak untuk sementara
akupun menjawab persoalannya tanpa risaukan apa apa
aku harap jawapanku ini dia faham dan hayatinya

aku berkata bahawa puisi datang dari jiwa
ia tak perlu dibayar dengan wang ringgit yang boleh dicari oleh semua
ia hanya boleh didapati oleh insan yang sentiasa tertanya tanya
mengapa dunia ini penuh aksi dan berbagai rupa?

kelas bahasa bukanlah jawapannya,
kerana ia hanya mengajarmu dalam sesuatu perkara sahaja
bukannya sama dengan keikhlasan yang hadir tanpa diduga
kehadirannya kadang kala mampu mengoncang dunia
mampu membuat seseorang itu tidur lena
tapi kadang kala boleh sakit jiwa

itu sahaja sebenarnya kenapa aku berubah tanpa kata
masej dengan teman janganlah kosong dan tiada fakta
biarlah ia pada waktu yang sama amat bermakna
aku tak mahu diri aku lupa pada Yang Maha Besar
kerana jika kita mengabaikan waktu yang ada
kita tidak akan tahu bertapa berertinya masa dalam setiap manusia.


;)