Thursday, June 25, 2009

ISLAM

agama penting untuk semua
hidup huru hara tanpanya
janganlah kita terlalu lena
hidup didunia hanya sementara

islam agama yang indah
tuhan kita hanya Allah
Muhammad pesuruh setia
Al-Quran bimbingan kita

islam cintakan keamanan
kita mesti memberi peranan
sebarkan dan buat pembetulan
sangkaan agama lain yang terkilan

pengganas bukan diri kita
islam terkena kerana leka
saling bersengketa sesama agama
bersatulah kerana kita bersaudara

pahala mesti dicari
janganlah cepat iri hati
kemewahan susah dicari
tpi boleh jika berdikari

salah sangka boleh bawa dosa
perempuan janganlah diperkosa
kurniaan Allah yang mulia
jagalah dia seperti raja

mencari rezeki biarlah ikhlas
makan makanan yang halal
hantarlah anak kekelas
kemahuan akhirat jangan dipersoal

membantu amalan disaran
tolonglah nenek lintas jalan
janganlah meminta balasan
nanti dimurkai tuhan

bergaulan mesti dijaga
antara gadis dan jejaka
nama keluarga dibawa bersama
siapalah kita tanpa mereka

ingatlah Allah dimana berada
janganlah juga lupa bersabda
iman sentiasa dalam jiwa
akhernya syaitan merana



;)