Tuesday, June 23, 2009

IBU BAPA

hidup ini makin tua
generasi baru pula menjelma
orang lama jangan dilupa
kaseh ibu bapa bawa kesyurga

ibu leteh menyusu anaknya
perut anak kembung pula
beri makanan enak belaka
derhaka ibu jangan diminta

leteh kerja siang malam
nafkah keluarga wajib diberi
bapa gembira anak melaram
dendam tiada dalam hati

anak da besar banyak peranan
jangan pula lupa diri
ibu mengeran kesakitan
jangan hantar pusat serenti

bapa duduk dikerusi malas
buka kipas akibat lemas
sedang menonton iklan petronas
anak sediakan kopi panas

amalan mulia kebanggaan semua
ibu bapa pasti ceria
anak berjaya menempa nama
terasa budi dibayar semula



;)