Wednesday, June 3, 2009

hari bahagia

Photobucket

entah kenapa aku merasa
terkejut dalam masa yang sama ternganga
orang yang sudah lama tidak ku jumpa

tiba bertelefon bertanya khabar
memang itu merupakan perkara biasa
yang dilalui ditiap hari yang gundah gulana

tapi kali ini orangnya berbeza
dia merupakan teman perempuanku yang sama kepala
dahulu kami sentiasa berdua

makan minum malah mandipun sama sama
hahah sungguh kelakar
tapi itu memanglah sudah jadi lumrah

orang yang kita sayang lama kelamaan akan berjauh juga
bukan kerana bermusuhan tapi kerana faktor keluarga
aku duduk disini tapi dia duduk disana

aku tak tahu dia dapat nomborku dari mana
tetapi tak apa asalkan hati gembira
dapatlah hatiku kembali diwarnai jiwa

jiwa yang dahulunya hasil dari kami berdua
dia ajak keluar
dan aku tak sabar
tak sabar berjumpanya
untuk membuka buku baru dan memnyimpan cerita lama

dan akher sekali aku berharap Dari Yang Maha Esa
agar kali ini aku tak mahu berjauhan lagi dengannya
walaupun kami berjauhan dimata

;)