Saturday, June 20, 2009

AKU BONEKA

hati terseksa
hati meracau
hati pecah
hati terkacau

pening sebab pergaduhan dungu
letih kerana alaminya setiap saat
bukan seperti ku luahkan selalu
aku letih dan akhernya tenat

orang tak faham perasaan ini
aku menolong kadangkala terpaksa
senyum tapi sedih dalam hati
balasannya orang lain tak menghargainya

ada orang gelarku budak kecil
kerana perangai tak seperti dewasa
aku buat begitu bukan sengaja
sebabnya aku tak mahu orang lain terasa

jika diikutkan hati ini
aku tak mahu gembira
muka muram sentiasa
biar orang tahu apa aku rasa

aku tak mahu orang cakap aku sombong
keluarga nanti pula kata kenapa berubah
kawan kawan bertanya kenapa tak menyapa
akhernya aku tak dapat apa apa
aku juga nanti menjadi mangsa

macamana harus aku lakukan
semua ini hanya boneka
biarlah mereka gembira
didunia yang tak kekal entah kemana

cekal dan tabah menjadi pertahanan diri
menunggu hari kegemilangan hidup ini
akan aku kecapi kejayaan diri
biar orang lain menghargainya
dan tahu apa terjadi sebenarnya




;)