Sunday, June 28, 2009

BAHASA TIDAK DIJAJAH

inggeris bahasa antarabangsa
jujurnya aku tak suka
kenapa tak guna bahasa kita?
lagi seronok dan sedap didengar

abang cakap nanti kau akan tahu
sekolah berseronoklah dulu
kerja nanti baru kepala celaru
janganlah baru cari aku

mahathir mahu majukan melayu
bangsa kita kebelakang selalu
sekolah mesti ada sistem baru
otak melayu kena laju

zaman sekolah da tamat
sijil pun da dapat
teman aku ramai merempat
inggeris mereka tak kuat

Universiti memanggil
aku masih degil
buku inggeris campak kekatil
lebih baik buka email

universiti bertaraf dunia
inggeris bahasa pengantar
orang luar tenggok kita
melayu kena segak sentiasa

masa ni baru teringat
inggeris penting sangat
aku menyesal muka ketat
peperiksaan sudah dekat

teman penghapus duka
erni muncul cerahkan dunia
memberi semangat membuka mata
wanita lebih maju rupanya

aku ingin memberitahu
walaupun kita melayu
dan bahasa kita maju
janganlah kita bongkak ilmu

pelbagai bahasa mencerah kerja
bangsa lain akan hormat kita
bolehlah kita bina empayar
maju dipenuhi rakyat malaysia



;)