Sunday, June 28, 2009

BAHASA TIDAK DIJAJAH

inggeris bahasa antarabangsa
jujurnya aku tak suka
kenapa tak guna bahasa kita?
lagi seronok dan sedap didengar

abang cakap nanti kau akan tahu
sekolah berseronoklah dulu
kerja nanti baru kepala celaru
janganlah baru cari aku

mahathir mahu majukan melayu
bangsa kita kebelakang selalu
sekolah mesti ada sistem baru
otak melayu kena laju

zaman sekolah da tamat
sijil pun da dapat
teman aku ramai merempat
inggeris mereka tak kuat

Universiti memanggil
aku masih degil
buku inggeris campak kekatil
lebih baik buka email

universiti bertaraf dunia
inggeris bahasa pengantar
orang luar tenggok kita
melayu kena segak sentiasa

masa ni baru teringat
inggeris penting sangat
aku menyesal muka ketat
peperiksaan sudah dekat

teman penghapus duka
erni muncul cerahkan dunia
memberi semangat membuka mata
wanita lebih maju rupanya

aku ingin memberitahu
walaupun kita melayu
dan bahasa kita maju
janganlah kita bongkak ilmu

pelbagai bahasa mencerah kerja
bangsa lain akan hormat kita
bolehlah kita bina empayar
maju dipenuhi rakyat malaysia



;)

Friday, June 26, 2009

WANITA

tuhan pecipta semua perkara
dari sebiji benih yang kecil
smpai sebesar matahari besar
tanpaNya tak wujud kita

wanita kurnian berharga
paling tinggi berbanding semua
bila kita melihat mereka
rasa kasih sayang terpancar dimuka

jangan mengambil kesempatan
jauhi perangai syaitan
lebihkan wanita berbanding berlian
amalan mulia disukai tuhan

mereka berjuang tak kira waktu
cintainya bukan kerana nafsu
layan dinda seperti ratu
amalan dikira satu persatu

warisan ditangan wanita
tanpanya kita tiada
kita janganlah lena
perasaan mereka mesti dijaga

oleh itu suami harus setia
jangan suka berkayu tiga
bagi yang belum bermula
carilah sungguh jodoh anda



;)

Thursday, June 25, 2009

ISLAM

agama penting untuk semua
hidup huru hara tanpanya
janganlah kita terlalu lena
hidup didunia hanya sementara

islam agama yang indah
tuhan kita hanya Allah
Muhammad pesuruh setia
Al-Quran bimbingan kita

islam cintakan keamanan
kita mesti memberi peranan
sebarkan dan buat pembetulan
sangkaan agama lain yang terkilan

pengganas bukan diri kita
islam terkena kerana leka
saling bersengketa sesama agama
bersatulah kerana kita bersaudara

pahala mesti dicari
janganlah cepat iri hati
kemewahan susah dicari
tpi boleh jika berdikari

salah sangka boleh bawa dosa
perempuan janganlah diperkosa
kurniaan Allah yang mulia
jagalah dia seperti raja

mencari rezeki biarlah ikhlas
makan makanan yang halal
hantarlah anak kekelas
kemahuan akhirat jangan dipersoal

membantu amalan disaran
tolonglah nenek lintas jalan
janganlah meminta balasan
nanti dimurkai tuhan

bergaulan mesti dijaga
antara gadis dan jejaka
nama keluarga dibawa bersama
siapalah kita tanpa mereka

ingatlah Allah dimana berada
janganlah juga lupa bersabda
iman sentiasa dalam jiwa
akhernya syaitan merana



;)

SURAT UNTUK PAK LAH

aku kecewa melayu merana
mahathir berjaya menyatukan semua
tak kira melayu cina india
kami semua aman sentiasa

pengkhianat negara ditangkap
dimasuk dia kedalam lokap
politik negara jadi senyap
malaysia berjaya membuka sayap

ketuanan melayu tak dikacau
status bumiputera tak dilawan
cina suka makan limau
india sentiasa menjadi teman

engkau muncul PM malaysia
sungguh tak ku duga
mahathir percaya kau sentiasa
tapi kau tak seperti dia

pengkhianat negara kau lepaskan
suara rakyat kau simpan
negara jadi tak keruan
akhernya rakyat jadi baran

kau dijadikan mainan
pembangkang da mula lawan
cina india da nampak kelemahan
malaysia da tak perawan

perpaduan tak tercapai
ekonomi da macam bangkai
susah nak satukan semua
bersyukur kau undur akhernya

aku berbangga jadi anak malaysia
tak kira siapa ketua
tapi disaat kau memegang tahta
melayu mula dipandang hina

maaf aku pinta
kerana salahkan kau sangat
tapi nak buat macamana
kau bukan pemimpin berjiwa rakyat

pengkhianat bangsa dipandang mulia
sebab dia ramai yang terbuka mata
dikatakan melayu berat sebelah
melayu sendiri da tak tentu arah

ada melayu tak mengaku melayu
alasan melayu banyak merapu
rempit perogol disebabkan bngsa aku
hanya orang bodoh berfikir begitu



;|

Wednesday, June 24, 2009

HATI INI DUKA

aku kehilangan banyak perkara
kadang kala susah diterima
banyak kali luka terasa
jika dikenang tiba tiba

abah sering menasihatku
jangan derhaka pada Maha Adil
berusahalah mencari ilmu
berdepan guru janganlah degil

gadis yang ku cinta hilang
aku cintanya sepenuh jiwaku
aku mesti hadapinya tenang
wajahnya ku kenang selalu

datuk selalu bermesra denganku
buat lawak mesti tergelak
bila marah aku tersipu
tak sabar jumpanya akhirat kelak

teman baikku ku rindu sentiasa
terasa ingin berjumpa selalu
mereka perjuang entah kemana
aku menunggumu tak mengira waktu

kucingku mati terlanggar kereta
matanya berkeliaran dijalanraya
aku sedeh tak terhingga
mengharap dia kembali semula

serendah penempatan lama
banyak kenangan ku disana
itu rumah yang kedua
lapan beradik disatu rumah

wah aku sedeh kenang semuanya
tapi itu aku kena terima
rintangan hidup diduniawi
hanya Tuhan yang fahami



;)

Tuesday, June 23, 2009

IBU BAPA

hidup ini makin tua
generasi baru pula menjelma
orang lama jangan dilupa
kaseh ibu bapa bawa kesyurga

ibu leteh menyusu anaknya
perut anak kembung pula
beri makanan enak belaka
derhaka ibu jangan diminta

leteh kerja siang malam
nafkah keluarga wajib diberi
bapa gembira anak melaram
dendam tiada dalam hati

anak da besar banyak peranan
jangan pula lupa diri
ibu mengeran kesakitan
jangan hantar pusat serenti

bapa duduk dikerusi malas
buka kipas akibat lemas
sedang menonton iklan petronas
anak sediakan kopi panas

amalan mulia kebanggaan semua
ibu bapa pasti ceria
anak berjaya menempa nama
terasa budi dibayar semula



;)

Monday, June 22, 2009

RISAUKAN MELAYU

Aku setia pada bangsaku
rela mati memperjuangkan melayu
bila dicabar tak mudah berundur
hanya kuasa Tuhan buatku akur

aku berbangga jadi melayu
walaupun dulu bangsanya layu
kini megah sehebat nama
berdiri sama dengan orang ternama

islam melayu tak dapat dipisahkan
takkan putus walaupun beruban
takkan melayu hilang jadikan cogan
didunia yang penuh adab sopan

melayu sikapnya pemurah
rela memberi apa sahaja
sampaikan mereka terlupa
terjual gadai maruah bangsa

akhernya melayu berpaksi tiga
diantaranya sayangkan bangsa
aku sedih tak terhingga
dituduh melayu lupakan agama

melayu kini ada juga haprak
'suka berjanji dalam berborak
belum bermula sudah bersorak
bukan cakap tak gunakan otak
cuma tak berfikir diluar kotak'

wahai bangsaku keturunan melayu
janganlah kita kembali layu
hasil bumi ini kita punya
jangan bersengketa sesama bangsa

bila bersama kita kuat
bangsa lain tak boleh sekat
mereka tahu kita hebat
marilah kita kembali bersahabat




;)

Sunday, June 21, 2009

UiTM

masa makin sampai
kaki mula menggigil
tangan suka cuai
alamak UiTM da panggil!

teman da mula bertanya
bila beli barang persiapan?
aku tak tahu nak kata apa
argh mulalah sakit badan!

enam bulan berada disana
pelajaran makin susah
CGPA makin naik
bermain sudah serik!

teman disana makin ramai
mulalah ada yang menjeling
hati meraka sudah tersemai
perasaan cemburu macam keling!

reputasi akan aku jaga
jangan memalukan keluarga
biar megah bak panglima
jangan lupa Yang Maha Esa

yang pergi takkan ku lupa
yang datang marilah bersama
kamu semua sentiasa dijiwa
mari kita menempa nama

bukan bangga kerana muka
tetapi ilmu dan anugerah
dipenuhi berkat orang tua
yang tak putus mencurah idea

UiTM dihatiku


;)

Saturday, June 20, 2009

RAKYAT YANG BERTERIMA KASEH

aku diberi pelbagai kemudahan
berlambak jenis pengangkutan
bertimbun tempat rehatkan badan
beratur pelbagai hidangan

jalanraya sering ku tatap
begitu selesa untuk dilalui
hanya perlu yakin dan senyap
memandu ingatlah yang dirindui

oh negaraku begitu unik dan ayu
tergolong antaranya india cina melayu
orang luar terngaga dan sayu
melihat kami saling bantu membantu

agama islam menjadi tunjang negara negeri
sultan sentiasa dijaga agar tak dikhianati
rakyat harus bersatu seia semati
bahasa melayu menjadi pertuturan kami

sekarang marilah kita kembali
mewarnai prinsip itu sekali lagi
janganlah sampai orang luar berteka teki
adakah ini malaysia yang dahulunya harmoni?

mewujudkan sentimen parti bukan niatku
wajib mempunyai berlainan bulu
barulah Malaysia boleh maju
tapi janganlah sampai sesuatu itu
merosakkan hubungan mereka dengan melayu.



EVERY MALAYSIAN HAVE THEIR OWN CHOICE,
BE THANKFUL

;)

AKU BONEKA

hati terseksa
hati meracau
hati pecah
hati terkacau

pening sebab pergaduhan dungu
letih kerana alaminya setiap saat
bukan seperti ku luahkan selalu
aku letih dan akhernya tenat

orang tak faham perasaan ini
aku menolong kadangkala terpaksa
senyum tapi sedih dalam hati
balasannya orang lain tak menghargainya

ada orang gelarku budak kecil
kerana perangai tak seperti dewasa
aku buat begitu bukan sengaja
sebabnya aku tak mahu orang lain terasa

jika diikutkan hati ini
aku tak mahu gembira
muka muram sentiasa
biar orang tahu apa aku rasa

aku tak mahu orang cakap aku sombong
keluarga nanti pula kata kenapa berubah
kawan kawan bertanya kenapa tak menyapa
akhernya aku tak dapat apa apa
aku juga nanti menjadi mangsa

macamana harus aku lakukan
semua ini hanya boneka
biarlah mereka gembira
didunia yang tak kekal entah kemana

cekal dan tabah menjadi pertahanan diri
menunggu hari kegemilangan hidup ini
akan aku kecapi kejayaan diri
biar orang lain menghargainya
dan tahu apa terjadi sebenarnya




;)

Wednesday, June 17, 2009

wahai telinga, sabarlah

Photobucket



setiap hari yang dijalani
diri ini sering kali mengalami
suasana bising dan memekak
telinga da tak tahan mula menggelegak

sering kali ditanya pelbagai persoalan
banyak diantaranya tak dapat dijawap
hati dalam badan mula jadi sawan
akhernya aku mengutuskan agar senyap

bukan tak suka situasi begini
cuma sudah leteh mendukungnya
bila aku cuba lari dari masalah ini
ada saja rintangan datang menimpa

perbezaan pendapat sesama teman pelbagai
akibat pergaduhan kecil yang tiada akhernya
keluarga makin bertambah ramai
ibuku letih aku mesti membantunya

keluhan hati menjadi intipati
terpaksalah ku sematkan dalam entri
agar diri ini sering mengingati
sabar dalam memajukan diri

aku mesti kuat kerna aku lelaki
dunia ini akan kelak ku genggami
biar semua orang lihat nanti
kesusahan inilah yang menjadi
aku menjadi diri sendiri


;)

Friday, June 12, 2009

perjuangan aku belum selesai



11.06.09.


pagi khamis yang sepatutnya indah aku merana
risau memikirkan masa depanku yang maseh tak tentu arah
adakah aku dapat meneruskan perjuanganku
atau perjuangan itu akan terhampus layu dan sayu

akibat keputusan yang tidak memberangsangkan
yang akan memalukan diri dan seluruh keluargaku
Uitm tempat aku meneruskan perjuangan
dan menjadi platform mencari kehidupan baru

jam bergerak detik demi detik
azab gembira atau seksa makin memanggil
aku mesti kuat dari mengeluarkan tangisan walaupun setitik
akibatnya diri ini menggigil

keputusan peperiksaan sudah keluar
dipersembahkan pada semua dipukul lima
aku nekad untuk bertahan sebentar
sebab aku da mula gelabah

sebelas malam sudah berkumandang
aku nekad untuk melihat
aku berdoa agar tak kecundang
ramai kawan kawan ku memberi semangat dan nasihat

akhernya azab gembira dapat ku kecapi
hati gembira kerana keputusan lebeh maju
makin kuat dari sebelum ini
keselesaan ini tak kan ku biar berlalu

Uitm sentiasa dihatiku
aku mahu berjuang disini kerana aku melayu
kekalahan tak akan membuatkan aku tersipu
marilah kita terus berjuang tanpa fikir malu!!



;)

Wednesday, June 10, 2009

tiga sahabat di times squire ;D

hari selasa kami berjumpa
yang gadis datang dari sarawak jauh sana
jejaka duduk diBukit Antarabangsa
dan aku pula berjuang diDamansara

aku emir izhar
fizowl sijejaka
gadis pula fafa

fafa sibuk membeli cenderamata
Fizowl asyik melihat barang yang mahu dibelinya
aku hanya melihat manusia disinggahsana

adakalanya aku menutup mata
dari terlihat gadis yang berpakaian menjolok mata
kami sering gelak bersama sampai tak ingat dunia

KFC tempat destinasi
aku suka ayam spicy
fafa makan lama sangat seperti menunggu teksi
fizowl asyik memandang wanita seksi

kami menonton wayang 17again dengan penuh gementar
selepas menonton bersama mereka
terasa seperti mahu kembali kezaman sekolah
untuk membetulkan kembali kesalahan ketika remaja

itulah antara saat gembira kami bertiga
menghantar sigadis sampai ketangan ibubapanya
syukur kerana dia tidak kena sebarang luka
kejayaan itu membuatkan kami semua ceria


;)

Saturday, June 6, 2009

saat yang membosankan?

Photobucket

hari hari merupakan saat dan waktu yang indah lagi bertuah
ini kerana kita dapat meneruskan kehidupan yang penuh bermakna
kita dapatlah beramah mesra bersama rakan dan keluarga
selain itu kita juga dapat membuat kerja yang berfaedah

tapi ada saat dan waktu kita rasakan hari itu membosankan
kerana penuh dengan ketidak aktifan
hanya duduk didepan telivesyen yang pelbagai siaran
dan akhernya kita meluat dan tak lalu nak makan

ramai yang sedang bosan sering melakukan pelbagai gelagat
ada diantaranya mengusap rambut menggunakan sikat
ramai jejaka suka tidur untuk hilangkan penat
dan ada juga yang melakukan aktiviti menyakat

oleh itu kita semua janganlah membazir masa yang diberikan
saat begini kita hendaklah elak dari perangai setan
yang suka menyesatkan kita dari melakukan kebaikan
dan juga suka memjauhkn diri hina ini dari tuhan

eloklah kita semua sedar dan perasan
segala perkara yang kita lakukan
janganlah kita tak amik teladan
yang akibatnya boleh merosakkan warisan

ingatlah Dialah yang memberi segala keperluan
untuk kita bekalkan dimasa hadapan
kita juga janganlah anggap waktu itu membosankan
kerana itulah realiti kehidupan


;)

Thursday, June 4, 2009

teman? apa citarasa perlu ada?

Photobucket


teman kau bagaikn selipar
yang selalu dipakai kemana sahaja aku berada
yang tahu keinginanku
yang tahu apa benda yang buat ku kaku

itulah maksud teman yang ku mengerti
selain itu teman juga susah untuk dicari
ini kerana dalam kehidupan masa kini
wujudnya manusia yang ada udang disebalik mee

kebanyakannya akan berada disisi
ketika diri ini kaya raya tanpa sunyi sepi
tapi pabila kita susah dan sudah bankrupsi
semuanya hilang seperti dikejar babi

oleh itu kita mestilah pandai memilih teman
cukuplah jika ia hanya satu dua atau lapan!

wahai teman teman yang baca puisi ini
marilah kita saling ingat mengingati
agar kita jangan iri hati dan dengki
disebabkan masalah kecil tak sebesar api

perbezaan pendapat sudah menjadi lumrah hidup
oleh itu marilah kita sama sama bersatu padu agar tidak lingkup
dari perkara yang membolehkan kita bersengketa
yang akibatnya kita tak mahu lagi bertentangan mata



;)

berlainan kulit,tapi matlamatnya sama.

Photobucket

dunia ini penuh dengan pelbagai rupa
ada manusia mukanya bwarna putih mekar
dan ada juga yang gelap gelita!

perbezaan kulit membuatkan kita sengketa
bermusuh musuhan dan ada diantaranya sering masam muka
ini membuatkan dunia ini tak rancak dan gembira

tapi percayalah
walaupun banyak perbezaan diantara kita
matlamat kita tetap sama
iaitu ingin dilayan dengan hak sama rata

yang miskin kita bangunkannya berbanding yang kaya raya
yang susah kita tolongnya agar mendapat kerja yang berjaya
pabila semuanya sudah seia dan sekata
marilah kita bersama sama pertahankan keamanan dunia
dari dikacau oleh manusia yang tak sayang keluarga

oleh itu mulai sekarang marilah kita bersatu padu
tak kira warna hitam,cekelat,kuning mahupun biru!
agar membolehkan kita bina tamadun yang baru
yang lebih pentingkan keamanan tanpa perasaan pilih bulu!

;)

anak anak buahku?

Photobucket


Emir Shafiq Iskandar
Alya Atiqah
Emir Aniq Hazly
Emir Afif Haikal
Aira Iman
Sarah Batrisya
Emir Zuardi Luqman
Nuha Rayyan
Kyra Arissa
Emir Adam Adrean





sungguh gembiranya hati ini
kerna hidup ini diselaputi
dengan kehadiran anak anak buahku yang sentiasa disisi

yang sering buat hal,
selalu bermain main diruang tamu
sering menyapa sesiapa sahaja walaupun ada yang tak kenal
dan kerap membuatkan hati mak aku haru biru

mak dan aku sudah pening kepala
kerana perlu hadapi mereka setiap masa
kena basuh bontot dan mandikannya
dan kene pujuk mereka jika mereka tidak selesa

tapi apakan daya
jika seminggu suntuk tanpa kehadiran mereka
kami rasa dunia ini kelam sahaja
tanpa kedengaran tangisan dan gelak ketawa

anak anakku ada sepuluh semuanya
lima saudari dan lima saudara
mereka semua comel belaka
hai tengoklah siapa pakciknya
yang sentiasa hebat dan jiwa perkasa
hahahaha

jika mereka melihat puisi ini
harap mereka memahami dan mengerti
bahawa aku sayang mereka tanpa henti

ia hadir bukan kerana terpaksa atau benci
tetapi ia seperti sanggup mengorbankan diri
agar boleh melihat mereka gembira dan berjaya
dan dapat memenuhi apa yang dihajati.


;)

Wednesday, June 3, 2009

jiwa dan puisi tak dapat dipisahkan?

Photobucket

suatu hari temanku ada bertanya setelah diam,
"hei engkau mengapa sudah bertukar rupa aku tak faham?,
mengapa masej masejmu penuh dengan puisi penuh mendalam,
sambil diselaputi dengan ayat yang berkias dan susa difaham"

dia teruskan berkata adakah engkau mengambil kelas bahasa?
adakah ia mengajarmu erti bahasa melayu sebenar?
yang penuh sopan santun dan mengajarmu agar menghormati orang tua?

aku terdiam dan kemudian tergelak untuk sementara
akupun menjawab persoalannya tanpa risaukan apa apa
aku harap jawapanku ini dia faham dan hayatinya

aku berkata bahawa puisi datang dari jiwa
ia tak perlu dibayar dengan wang ringgit yang boleh dicari oleh semua
ia hanya boleh didapati oleh insan yang sentiasa tertanya tanya
mengapa dunia ini penuh aksi dan berbagai rupa?

kelas bahasa bukanlah jawapannya,
kerana ia hanya mengajarmu dalam sesuatu perkara sahaja
bukannya sama dengan keikhlasan yang hadir tanpa diduga
kehadirannya kadang kala mampu mengoncang dunia
mampu membuat seseorang itu tidur lena
tapi kadang kala boleh sakit jiwa

itu sahaja sebenarnya kenapa aku berubah tanpa kata
masej dengan teman janganlah kosong dan tiada fakta
biarlah ia pada waktu yang sama amat bermakna
aku tak mahu diri aku lupa pada Yang Maha Besar
kerana jika kita mengabaikan waktu yang ada
kita tidak akan tahu bertapa berertinya masa dalam setiap manusia.


;)

hari bahagia

Photobucket

entah kenapa aku merasa
terkejut dalam masa yang sama ternganga
orang yang sudah lama tidak ku jumpa

tiba bertelefon bertanya khabar
memang itu merupakan perkara biasa
yang dilalui ditiap hari yang gundah gulana

tapi kali ini orangnya berbeza
dia merupakan teman perempuanku yang sama kepala
dahulu kami sentiasa berdua

makan minum malah mandipun sama sama
hahah sungguh kelakar
tapi itu memanglah sudah jadi lumrah

orang yang kita sayang lama kelamaan akan berjauh juga
bukan kerana bermusuhan tapi kerana faktor keluarga
aku duduk disini tapi dia duduk disana

aku tak tahu dia dapat nomborku dari mana
tetapi tak apa asalkan hati gembira
dapatlah hatiku kembali diwarnai jiwa

jiwa yang dahulunya hasil dari kami berdua
dia ajak keluar
dan aku tak sabar
tak sabar berjumpanya
untuk membuka buku baru dan memnyimpan cerita lama

dan akher sekali aku berharap Dari Yang Maha Esa
agar kali ini aku tak mahu berjauhan lagi dengannya
walaupun kami berjauhan dimata

;)

kalau boleh satu percubaan lagi.

Photobucket

aku menyesal
aku terpinga pinga
mengingatkan masa lalu
yang aku tak mungkin lalunya selalu

aku membuatkan kau kecewa
harapan dimana kau mahukan yang terbaik dariku
tapi aku lepasknnya begitu sahaja
kau merana akhirnya senyap tanpa kata
akupun ternganga sambil kaku

aku termenung menung,
terfikirkan apa salah aku,
akhirnya aku fahami selepas bingung,
bahawa aku kuat cemburu tanpa periksa satu persatu,
aku tak boleh buat apa apa kerna itulah aku,
aku cuba menghilangkannya tapi akhirnya dungu

kini kau tiada lagi hati padaku
aku harus terima dan teruskan hidup yang haru biru
dan tanpa bisikan dan senyuman darimu,

tetapi jika suatu hari nanti kau berikn satu lagi peluang yang baru,
aku akan berusaha untuk memperbaiki dan berubah kearah yang jitu,
dimana tiada lagi keadaan dimana makan tak lalu,
dan hiduppun segan silu,

aku akan membahagiakanmu,
seperti Adam menyintai buah hatinya yang satu
dan seperti suami yang mengejutkan isterinya dipagi waktu.


akhir kata,
aku akan sentiasa berada disisimu,
walaupun suka atau duka,
dan walaupun jika kita tak bersma dan bersatu.


;)

orang muda yang bingung

Photobucket


aku kebingungan,
aku tiada hala tujuan,
aku tidak terkata,

mengapa perasaan ini maseh berseruan,
mengapa hati ini maseh tarasa ada harapan,
mengapa jiwa ini sentiasa hadapi penuh dugaan,

walaupun dia sudah meluahkan perasaan,
bahawa dia tidak lagi memberi harapan,
yang aku perlukan untuk teruskan kehidupan,

mengapa,
mengapa
mengapa?

mungkinkah kerana cintaku terhadapnya,
mungkinkah kerana sayangku padanya,
ataupun kerana jiwku sudah dicurinya.

oh aku bingung,
oh aku rasa aku gila,
ini membuatkn diriku terseksa,
mengapa ini semua terjadi padaku sahaja,

mungkin ada hikmahmnya,
jika aku tidak laluinya sekarang juga,
bagaimana aku mahu terus hidup dimasa hadapan yang penuh lena,
yang penuh pilu dan leka,
dan penuh harapan dan menusuk minda,

Tuhan kaulah Maha Membantu,
Tolonglah aku perbaiki diri aku,
janganlah jauhkn dia dari aku,
segala dugaanMU ku terima selalu,
jauhi aku dari musuh-musuhmu,
dan akhir sekali ku mohon kau jodohkanlah dia dengan aku.


Alhamdullillah syukur! ;)